Sunday, 24 March 2013

BUAH-BUAHAN TEMPATAN





         Buah-buahan tempatan merupakan salah satu makanan yang baik untuk kesihatan. Buah-buahan tempatan mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikan.Buah-buahan tempatan ada yang bermusim dan ada yang tidak bermusim.
         Buah-buahan tempatan terdiri daripada rambutan, duku, langsat, betik, pisang dan durian. Buah durian telah diberi gelaran sebagai "raja buah" kerana baunya yang amat kuat dan berduri.
         Kita boleh mendapatkan buah-buahan tersebut di pasar, pasar raya dan gerai-gerai buahan. Ini menunjukkan tidak sukar untuk mendapatkan buah-buahan tersebut.




         Buah-buahan tempatan lebih baik berbanding buah-buahan import kerana rasa dan khasiatnya. Di samping kita menyokong kempen membeli barang-barang tempatan termasuk buah-buahan tempatan.


No comments:

Post a Comment