Thursday, 28 March 2013

KHASIAT BUAH-BUAHAN TEMPATAN




    Makanan adalah penting untuk tumbesaran dan kehidupan harian manusia. Kita memerlukan pelbagai jenis zat makanan untuk memastikan badan kita kuat dan sihat. perlu memakan pelbagai jenis makanan untuk mendapat nutrient yang seimbang. Salah satu makanan yang penting dan berkhiasiat ialah buah-buahan.

     Walau bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren, epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal. Bagaimanakah kita boleh mendapatkan buah-buahan dengan berkhasiat di samping berjimat? Oleh itu kita hendaklah mencari buah-buahan alternatif lain bagi memastikan kita mendapatkan khasiat makanan seimbang yang diperlukan.





Buah-buahan import



     Sebenarnya Negara kita bertuah kerana mempunyai iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan tropika. Buah-buahan tempatan ini bukan sahaja sedap, berkhasiat tinggi. Kita dapat membeli buah-buahan tempatan yang lebih segar dengan harga yang lebih murah daripada buah-buahan yang diimport. Jika rumah anda mempunyai kawasan halaman yang besar, anda juga boleh menanam buah-buahan tempatan seperti betik dan pisang yang mempunyai khasiat tinggi dan mudah ditanam.
   
Piramid makanan




Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan.




Khasiat Buah Betik

- Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar. Ia mengandungi antioksidan serta kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan. Betik juga baik untuk jantung dan membantu dalam pemulihan luka.





Khasiat Pisang

- Memberi sumber tenaga yang segera dan membantu untuk mengatasi masalah sembelit. Pisang juga 
 mengandungi Tryptophan, sejenis protein yang membolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira. Buah ini juga  boleh merangsangkan pengeluaran haemoglobin di dalam darah. Ini dapat membantu mencegah anemia.


Khasiat Jambu Batu

-Buah jambu berkesan dalam menurunkan kadar kolesterol dan tahap glukosa dalam darah. Jambu juga merupakan  bahan antioksidan yang berkesan dan  dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit. Ia juga baik untuk masalah sembelit. Jus Jambu Batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema.



Khasiat ciku


buah ciku


- Penawar buang air berdarah. Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan kaedah-kaedah tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang minum air. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam.Seelok-eloknya diamalkan sebelum pagi.


       

No comments:

Post a Comment